skip to main | skip to sidebar

Tinta Timur

Kalam melalui suara hati dan fikiran serta dipandu dengan Kalam suci yang didokong dengan pengalaman mereka terbilang...

Pages

  • Home

Monday, May 30, 2011

Jangan mudah minta cerai

KUALA LUMPUR: “Wanita jangan mudah meminta cerai, talak bukan perkara main-main. Sebab itu, kadang-kadang berlaku kes gila talak yang disifatkan sebagai balasan daripada Allah,” kata Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiyah Hassan. 

Beliau berkata, tidak dinafikan perceraian memang dihalalkan dalam Islam tapi ia paling dibenci Allah, justeru apabila talak dipermainkan tidak mustahil Allah memberi pembalasan setimpal contohnya hidup merana atau paling teruk hingga ada yang gila talak.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai seorang wanita yang gila talak selepas diceraikan suami dengan meminta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya bagi mengubat rindu.

Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.

“Saya akui, hendak melupakan seseorang yang disayangi memang sukar malah saya yakin tiada seorang pun yang mahu perceraian berlaku.

“Apa yang penting, wanita berkenaan perlu menerima ketentuan Allah ini dengan sabar dan reda di samping berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Hussain Habil berkata, keadaan individu yang menyimpan barang orang yang disayangi selepas bercerai atau kematian bukan disifatkan sebagai angau sebaliknya hanya tindakan biasa akibat kesedihan.

“Namun dikhuatiri, kesedihan itu lama-kelamaan akan menyebabkan kemurungan kepada individu yang gagal sesuaikan diri dengan keadaan baru dan antara kesannya termasuk menjejaskan tidur, selera makan dan tumpuan terhadap perkara lain.

“Justeru, sokongan keluarga perlu bagi mengatasi kemurungan ini selain bantuan kaunseling,” katanya.

sumber : myMetro, selasa, 31 Mei 2011.
 
Posted by Firdaus Shope at 10:12 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Semasa

Monday, January 3, 2011

Perempuan kini lebih suka menipu

LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.

Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.

Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.

Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi

sumber mymetro, isnin, 3 Januari 2011.
Posted by Firdaus Shope at 10:36 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Semasa

Friday, November 26, 2010

Cat Steven di UIA


Cat Steven berada di UIA pada 26 November 2010 yang lalu. Penyayi yang terkenal di peringkat global dan diminati lagu-lagunya pada suatu ketika dahulu telah mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Subhanallah...

Ketika di UIA Gombak, beliau diberi peluang untuk menyampaikan khutbah jumaat dan seterusnya memberikan sedikit tazkirah ringkas kepada hadirin yang hadir. Pesanan yang berharga dan berguna supaya memperlengkapkan diri kita dengan ilmu bagi membolehkan kehidupan yang dilalui bukan sahaja sempurna pada pandangan manusia, tetapi lebih penting lagi menepati kehendak Islam, bagi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Moga-moga kehadirannya mampu membakar semangat untuk kita terus berpegang teguh pada ajaran Islam yang kita anuti ini.
Posted by Firdaus Shope at 2:19 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Semasa

Wednesday, November 3, 2010

Pilihlah yang terbaik!


Semua pengundi-pengundi di Dun Galas, Kelantan dan juga di Dun Batu Sapi, Sabah, buatlah pilihan yang terbaik. Pilihlah calon yang mampu menggalas 'amanah' dan tanggungjawab yang dijanjikan. Jangan pula memilih calon yang hanya pandai menabur janji manis dan habuan projek semata-mata. Pilihlah calon yang boleh membantu anda ketika senang mahupun susah. Buatlah pilihan yang terbaik kerana hak mengundi dan memilih berada di tangan anda semua. Selamat mengundi!
Posted by Firdaus Shope at 3:17 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Semasa

Tuesday, November 2, 2010

Tahniah buat The Red Warriors


Tahniah buat skuad The Red Warriors kerana memenangi Piala Malaysia  pada tahun 2010. Hadiah bermakna buat seluruh rakyat Kelantan terutamanya kepada  Baginda Sultan Muhammad V sempena pertabalan Baginda. Semoga hadiah ini disyukuri dan dapat dipertahankan pada musim hadapan.
Posted by Firdaus Shope at 8:25 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Semasa

Monday, August 2, 2010

Hutang Individu Bankrap Di Malaysia RM71.36 Bilion

PETALING JAYA: Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu yang disytiharkan muflis atau bankrap di negara ini sebanyak RM71.36 bilion, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Beliau berkata, jumlah yang ditadbir urus oleh organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu membabitkan seramai 81,908 individu bankrap daripada 218,561 kes kebankrapan berdaftar.

“Hutang RM71.36 bilion itu merupakan nilai keseluruhan hutang yang telah difailkan oleh pemiutang dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Ini termasuk jumlah hutang yang dimaklumkan oleh pihak petisyen dan pemiutang-pemiutang lain dalam kes kebankrapan,” katanya kepada mStar Online, di sini.

Abdul Karim berkata, jumlah hutang individu bankrap pada tahun lalu adalah berjumlah RM928 juta manakala jumlah hutang dari Januari sehingga Jun tahun ini RM12.39 bilion.

“Kira-kira 40 peratus golongan bankrap mempunyai hutang dengan lebih daripada satu organisasi atau pemiutang,” ujarnya.

Antara jenis hutang yang gagal dilunaskan si bankrap adalah sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan dan kad kredit.

Dalam pada itu, dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu bankrap yang sudah dilunaskan kepada pemiutang atau dividen adalah sebanyak RM281.99 juta.

Bagaimanapun Abdul Karim berkata, jumlah dividen itu amat kecil berbanding dengan jumlah hutang keseluruhan iaitu hanya kira-kira 0.39 peratus.
Jelasnya, keadaan itu disebabkan oleh beberapa faktor berikutan terdapat tiga jenis individu bankrap iaitu peminjam utama, penjamin sosial dan penjamin korporat.

“Bukan semua individu bankrap itu mempunyai pekerjaan atau aset yang membolehkan mereka untuk melunaskan hutang.

“Jika mereka tidak mempunyai sumber kewangan, bagaimana hendak membayar hutang? Ini menyukarkan agihan dividen kepada pemiutang malah melambatkan proses untuk mengeluarkan mereka daripada kebankrapan,” ujarnya.

Beliau menambah, ada di antara individu bankrap hidup atas ihsan anak-anak mereka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Daripada 81,908 individu bankrap itu, Abdul Karim berkata, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.

“Jumlah dividen yang diagihkan kepada pemiutang pada tahun lalu sebanyak RM85.6 juta dan RM48.62 juta bagi Januari sehingga Jun tahun ini,” katanya.

Mengenai pelepasan kebankrapan dari tahun 2005 sehingga Jun 2010, seramai 11,223 individu bankrap diberikan pelepasan atas perintah mahkamah dan 9,523 individu dengan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

sumber : mStar Online, Isnin 2 Ogos 2010
Posted by Firdaus Shope at 5:43 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Semasa

MOTTO

widgets

KENALI PENULIS

Penulis merupakan graduan undang-undang dan aktif menulis bagi tujuan perkongsian idea, pertukaran maklumat serta peringatan buat diri sendiri.

HUBUNGI PENULIS

Hubungi penulis melalui emel :- mfm.fnp@gmail.com

KATEGORI

  • Semasa (6)

ARKIB

  • May (1)
  • January (1)
  • November (3)
  • August (1)

LINK

  • Firdaus Shope
  • Lex Loci

MASA

TARIKH

KOMUNITI

Hak terpelihara Tinta Timur. Powered by Blogger.

JUMLAH PELAWAT

widgets
 
Copyright (c) 2010 Tinta Timur. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes